Kelas ICT (Asas Teknologi Digital)

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Asas Teknologi Digital’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengingatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang pernah mengikuti kelas ICT sebelum ini. Kelas ini merupakan pengenalan kepada teknologi digital dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai maksud teknologi digital dan analogue di mana perkembangan teknologi komputer bermula dengan adanya sistem analogue pada komputer. Setelah hadirnya penciptaan transistor, teknologi digital mula diperkenalkan yang mana ia lebih efisien, jimat tenaga dan signalnya tidak mudah terganggu dan hilang. Peserta turut diterangkan mengenai bahasa komputer di mana mereka di dedahkan dengan compiler, processor, process perantaraan antara pengguna dan komputer. Peserta turut dijelaskan mengenai bahasa dalam bentuk digital (0-10), binari (0 & 1) dan hexadecimal (huruf, symbol & nombor). Sedikit sebanyak peserta dijelaskan bagaimana pertukaran daripada digital kepada binari (bahasa komputer), daripada binari kepada digital dan daripada hexadecimal to binari.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali